KISAH HIDUP RABIAH AL-ADAWIYAH [ RABIATUL ADAWIYAH]
![]() |
Gambar hiasan saja. |
Dia telah
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik
beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang
aneh-aneh. Pada malam dia
dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk
menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya
apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah
supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan
cubaan bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada ALLAH untuk tidak meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun pergi
juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus
mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari
dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana tidak ingkar pada janjinya.
Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi ALLAH.
Tidak berapa lama
setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia,
manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat
kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara
oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan
harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.
Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.
Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada ALLAH katanya: “Ya
Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia
sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku
bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk
berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba sebaik
saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya.
Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya
Rabiah telah dimerdekakan.
Memperhambakan Diri
Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani
hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah
pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung
tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata.
Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.
Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa. Pada
suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk
meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh
kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada ALLAH maka diapun menolak pinangan itu.
Pada ketika yang
lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah.
Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya ALLAH
Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi
doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia
menangis, maka Rabiah pun berkata : “ Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.
Menurut satu
riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh
dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya
: “Engkau tahu Ya ALLAH !
Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta
dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang,
sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.
Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.
Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak ALLAH kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani. Rasa
sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali
tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu
oleh orang lain.
Suatu hari dia
telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian
seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”. Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.
Semasa hayatnya,
banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah
mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh. Diriwayatkan
bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta
teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan
para utusan ALLAH datang kepadanya.
Sewaktu
teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan
syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah
kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu
pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.
Di antara doa-doa
yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada
waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “
Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur
nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta
sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian
bersamaMu”.
Manakala doa lainnya :”Ya
Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di
dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku
dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka
janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.
Rabiah telah
meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di
rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan,
orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya
dalam jumlah yang luar biasa ramainya.
Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.
Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.
Ya Allah,
jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan
fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah
kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat
kami dann tujuan hidup kami”. Amin
0 komentar:
Posting Komentar